Tiada larangan terhadap ahli PAS yang menyertai mana-mana NGO termasuk Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk bertanding pada pemilihan parti itu kali ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi.
Pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, katanya, peraturan parti tidak menghalang mana-mana ahli yang terlibat dengan mana-mana NGO untuk bertanding dan selagi mereka masih ahli PAS dan tepati syarat, maka mereka layak untuk menjadi calon.
Pemilihan PAS kawasan akan berlangsung pada 1 Mac hingga 21 April ini manakala pemilihan jawatankuasa pusat melibatkan 27 jawatan dijadual pada Jun ini.