Bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang ditahan di negara itu.
Pada telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.28 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.