Bukan mudah bagi Anwar dapatkan pengampunan

2015-08-07 4

Peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali mengecap kebebasan semula melalui petisyen untuk memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong mungkin berdepan banyak kesukaran.

Petisyen itu mengandungi alasan bahawa pemenjaraan Anwar disebabkan oleh kesilapan mahkamah, tetapi seorang peguam kanan melihatnya sebagai hujah yang tidak penting.

Ragunath Kesavan, seorang peguam kes jenayah berkata petisyen untuk memohon pengampunan itu tidak menangani hujah perundangan.

Katanya, semua perkara mengenai kesilapan mahkamah atau bukti yang tidak dapat diterima, tidak lagi penting buat Lembaga Pengampunan.

Free Traffic Exchange