Mengulas ugutan sekumpulan individu yang mahu membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan keretanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau tidak gentar mewakili institusi kepolisian.
Sebelum ini, sekumpulan individu menggelarkan diri mereka "Anak Malaysia Anti Demokrasi" mengugut untuk membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya.