Penyusutan nilai ringgit adalah sebab sebenar harga barang kekal tinggi walaupun harga minyak telah turun baru-baru ini, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Beliau merujuk kepada Indeks Harga Pengeluar (PPI)yang menunjukkan walaupun harga keseluruhan barangan yang dihasilkan dalam negara susut tujuh peratus, harga barang import kekal sama.
Jumlah keseluruhan barangan tempatan dan import ini menjadikan harga barangan secara puratanya kekal sama, katanya..