DAP buat laporan dakwaan jenayah berbilion ringgit 1MDB

2015-08-07 2

Ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo dan Tony Pua hari ini membuat laporan polis mendesak supaya siasatan dijalankan ke atas ketulenan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibocorkan oleh portal Sarawak Report.

Menurut kedua-dua mereka, jika komunikasi surat-menyurat menerusi e-mel itu yang didedahkan itu adalah benar, maka apa yang dilakukan oleh syarikat pelaburan negara itu adalah suatu jenayah serius yang membabitkan berbilion ringgit.