Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang terpaksa dikeluarkan selepas ia tergelincir ketika mendarat cemas di Lapangan Terbang Kathmandu.
Pesawat itu kemudiannya terbabas di kawasan berumput.
Bagaimanapun tiada penumpang mengalami kecederaan walaupun seorang saksi berkata ada penumpang yang terlambung dari kerusi mereka ketika kabin dipenuhi asap selepas enjin pesawat berhenti.