Polis guna SOSMA buru warga M'sia terbabit IS

2015-08-07 1

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan menggunakan peruntukan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bagi menangani rakyat Malaysia yang terbabit dengan kegiatan militan Negara Islam (IS).

Beliau tutut mengesahkan bahawa dua rakyat negara ini yang berasal dari Melaka dan Gurun, Kedah terbabit dalam video yang memaparkan [penyembelihan seorang tebusan IS di Syria, baru-baru ini.