Pergaduhan kongsi gelap, polis jamin Selangor selamat

2015-08-07 3

Polis memberi jaminan tahap keselamatan di Selangor masih terkawal dan rakyat tidak perlu gusar dengan penyebaran maklumat mengenai insiden pergaduhan beberapa kumpulan kongsi gelap baru-baru ini.

Mengulas kes tembakan yang membabitkan keluarga seorang pemimpin politik MIC di Hulu Langat Isnin lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata siasatan masih dijalankan.

Isnuin lalu, mangsa dibunuh ketika memberhentikan kenderaannya persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, Kajang oleh dua lelaki yang menaiki motorsikal.