Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berang dengan layanan buruk yang diberikan terhadap exco kerajaan negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang ditahan reman tiga hari kerana didakwa terbabit dengan himpunan #KitaLawan Sabtu lalu.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh bersama exco Elizabeth Wong yang melawat ketua Pemuda PKR itu mendakwa Nik Nazmi bukan sahaja tidak diberikan makanan yang sewajarnya tetapi tidak diberikan kasut dan digari.