Selepas pemergian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bulan lalu, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai tokoh "penyatu dan tempat bergantung" dalam kepimpinan parti, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.
Menurutnya, Hadi dianggap sebagai antara tokoh besar bergelar 'tok guru ' dalam PAS dan sukar digugat setakat ini khususnya menjelang pemilihan parti itu Jun ini, sekalipun berdepan pelbagai kritikan terhadapnya.