Projek Phua dengan kerajaan 'rahsia besar', kata menteri

2015-08-06 4

Kerajaan tidak akan mendedahkan projek-projek keselamatan Malaysia yang dikendalikan oleh raja judi Paul Phua Wei Sang, kini ditahan di Amerika Syarikat kerana ia adalah "rahsia besar" mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut).