Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Bendahari Pemuda PAS Fakhrurazi Mokhtar mendakwa arahan supaya menangkap mereka yang terbabit dalam himpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu datangnya daripada 'orang atasan'.
Malah, katanya, pihak polis juga terpaksa mendapatkan arahan sebelum boleh melepaskan mana-mana suspek daripada tahanan reman.