15 maut Taliban serang gereja di Lahore

2015-08-06 9

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 80 lagi cedera selepas kumpulan militan Taliban melancarkan serangan berani mati terhadap dua buah gereja, di Lahore, Pakistan.

Serangan dilancarkan ketika orang ramai sedang berkumpul di gereja yang terletak pada jarak 500 meter di antara satu sama lain itu, di kawasan yang didiami lebih 100,000 penganut agama Kristian.