Tujuh mati, 25 hilang dalam kebakaran di Russia

2015-08-06 8

Tujuh orang terbunuh manakala kira-kira 25 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah pusat membeli-belah di Russia terbakar.

Kejadian berlaku di sebuah bangunan tiga tingkat di Kazan, ibu negeri Tatarstan yang terletak kira-kira 800 kilometer timur Moscow.