Nurul Izzah terpaksa bermalam di lokap Jinjang

2015-08-06 2

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dipindahkan ke Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur pada jam 6.45 petang tadi.

Peguamnya, R Sivarasa ketika keluar dari balai memberitahu pemberita bahawa Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan atas ucapannya di Parlimen hari Selasa lalu.

Dengan sinis, beliau berkata kerajaan sepatutnya terus memansuhkan parlimen sekiranya ahli parlimen tiada kekebalan untuk berucap.

Free Traffic Exchange