Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) berang dengan keadaan Sabah yang terus terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan ekonomi meskipun telah merdeka 52 tahun bersama Malaysia.
Ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, katanya, tidak mustahil BN akan hilang Sabah jika kerajaan persekutuan terus tidak mempedulikan nasib rakyat negeri itu.