MB K'tan bentang pindaan enakmen syariah II

2015-08-06 2

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta'zir.

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada jam 11 pagi.

Mengikut Rang Undang-undang tersebut, enakmen itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya.

Free Traffic Exchange