Pembela anjing, Pak Mie meninggal dunia

2015-08-06 2

Tidak ramai yang mengenali Muhammad Azmi Ismail atau dikenali sebagai Pak Mie dan isterinya Halijah Idris yang tinggal bersama kira-kira 700 ekor anjing dan kucing terbiar di sebuah pondok usang di pinggiran Alor Setar.

Justeru, kematian Pak Mi, 57 tahun malam semalam selepas terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang sejak Khamis lalu tidak dipedulikan.