Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan berhenti daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.
Beliau berasa terkilan kerana ada yang menggelarnya ‘penglipur lara’ sedangkan beliau meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berceramah.