Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas pelancong asing di muzium Tunisia yang membunuh 21 orang ketika pihak berkuasa berusaha mengesan suspek.
Dalam mesej audio yang diletakkan di internet, IS menyatakan "dua kesatria dari IS...yang lengkap bersenjata automatik dan grenad menyasarkan Muzium Bardo" di ibu negara Tunisia itu.
Kumpulan itu yang mempunyai ramai anggota warga Tunisia, mengancam untuk melancarkan lebih banyak serangan dengan menegaskan: "Anda baru menyaksikan permulaannya."