Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Razak hari ini melahirkan kerisauan terhadap penyakit berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk negara ini yang dikatakan menjadi salah satu halangan untuk kemajuan sukan negara.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, dengan bersukan supaya minda mereka sentiasa cerdas, selain mempunyai badan yang sihat.