DAP ingatkan PAS, tinggalkan Pakatan jika mahu hudud

2015-08-06 12

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya masih bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen.

Beliau juga mencadangkan sekiranya Hadi masih mahu meneruskan hasrat berkenaan, beliau harus melaksanakannya sebagai Ahli Parlimen Marang dan bukan sebagai anggota Pakatan.