NGO S'wak mahu mogok lapar bantah akta hasutan

2015-08-06 1

Sebuah NGO Sarawak - Concern Sarawakian hari ini merancang untuk mengadakan mogok lapar sebagai desakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan (1948) seperti mana yang pernah dijanjikan oleh beliau.

Menurut aktivisnya, Lina Soo, buat permulaan lima orang termasuk dirinya akan mogok lapar di sekitar Dataran Merdeka selama yang mereka mampu berbuat demikian.