DAP putuskan hubungan dengan Hadi yang 'tak jujur'

2015-08-06 2

DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana menurut Setiauasaha agung DAP, Lim Guan Eng, partinya tidak lagi dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan sebagai “tidak jujur”.

Lim berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang bersidang hampir empat jam malam semalam.