Meskipun pendiriran Datuk Seri Najib Razak mengenai pindaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan masih samar-samar tetapi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pihak yang ingin tahu pendirian BN supaya merujuk kepada perdana menteri.
Katanya, segala persoalan terhadap isu hudud perlu diajukan kepada Najib yang juga pengerusi BN.