Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mendedahkan bahawa projek Pusat Berita RTM adalah hanya sebuah bangunan tanpa sebarang kemudahan.
Menurut pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed, PAC juga mendapati pusat berita bersepadu ini tidak memuaskan kerana ia tidak mengikut tajuk projek dan tidak menepati objektif projek berkenaan.