Mahfuz dakwa menteri agama Umno berbohong

2015-08-06 1

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang diarahkan keluar Dewan Rakyat kerana berkeras mahu Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian Umno berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berbohong.

Dengan berang, katanya, Jamil Khir pada Disember tahun lalu berjanji bahawa Umno akan memberi ruang supaya Enakmen Jenayah Syariah Kelantan itu dapat dilaksanakan dengan membawa rang undang-undang itu kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan