Ketua Penyiasat Perancis, Brice Robin, ketika mendedahkan butiran rakaman suara kokpit pesawat itu, mendakwa pembantu juruterbang warga Jerman berusia 28 tahun, Andreas Lubitz dengan sengaja menjunamkan pesawat ke pergunungan Alps selepas mengunci juruterbang di luar kokpit.
Robin berkata, maklumat awal yang diperoleh menerusi perakam suara kokpit (CVR) mendapati Lubitz berhasrat memusnahkan pesawat berkenaan yang membawa 150 penumpang dan krew.