Menteri dedah tiada ahli parti politik sertai IS

2015-08-06 0

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beberapa individu yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) bukan daripada mana-mana ahli politik di negara ini.

Beliau juga mendedahkan senarai nama 10 rakyat Malaysia yang terbunuh semasa menyertai kumpulan berkenaan.