Tentera dan pasukan polis Iraq yang dibantu militia Syiah dilapor sedang sengit bertempur dengan kumpulan pemberontak Negara Islam (IS) di wilayah Sheshen selatan Tikrit sejak hujung minggu lalu.
Walaupun berjaya menawan bandar itu sejak 2 Mac lalu, namun pihak berkuasa belum melancarkan serangan darat secara besar-besaran kerana mahu mengelakkan kematian orang awam serta kemusnahan harta benda sebelum mereka menggempur bandar berkenaan.