Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan bahawa mesyuarat jemaah menteri yang lalu tidak membincangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Najib Razak yang setakat ini cuba mengelak daripada menjawab soalan itu, beliau meminta wartawan mengajukan soalan berkenaan kepada kepada perdana menteri.