Anjing, polis anti rusuhan sambut aktivis anti-GST

2015-08-06 1

Lebih 10 aktivis anti-GST hari ini kembali ke ibu pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya selepas Isnin lalu mereka dikasari dan ditangkap oleh polis ketika cuba menghantar satu memorandum berhubung 106 soalan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Kali ini kedatangan mereka dengan membawa sejambangan bunga sebagai simbol lawatan aman disambut dengan kehadiran puluhan polis anti rusuhan dan sepasukan unit anjing pengesan.