Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli beranggapan mempertahankan kebebasan media di negara ini adalah lebih penting daripada mempertahankan ahli politik di penjara.
Walaupun tidak menamakan ahli politik berkenaan tetapi dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya, tanpa media yang bebas, ahli politik dan wakil rakyat tidak mampu menjalankan tugas mereka.