Sehari selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meluahkan rasa terkejut apabila “hanya” 800 aduan berkaitan cukai baru itu dibuat.
Katanya perkara itu menunjukkan permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.