Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon mahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan dakwaannya bahawa BN akan kalah sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Katanya, tuduhan itu agak melampau dan berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil yang lalu, sokongan, termasuk daripada masyarakat Cina mula kembali kepada BN.