Pelancong sambut baik GST M'sia, kata menteri

2015-08-06 2

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek memberitahu wartawan berdasarkan tinjauannya mendapati pelancong dari China, Bangladesh dan India menyambut baik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di negara ini.

Katanya, mereka mengakui apa yang dilakukan kerajaan itu adalah baik untuk negara ini.