Kastam: Di mana-mana harga kad tambah nilai sama

2015-08-06 3

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjelaskan tidak menjadi kesalahan bagi peruncit menjual kad tambah nilai pra-bayar telefon dengan tambahan cukai enam peratus kepada pengguna.

Ini kerana menurut Pengarah Bahagian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jabatan itu, Datuk T Subromaniam, cukai GST pada kad pra-bayar telah dikutip lebih awal dari pembekal perkhidmatan.