Dalam usaha melebarkan pengaruhnya di wilayah utara Syria, kumpulan militan Negara Islam (IS) mula melancarakan beberapa siri letupan kereta di Aleppo yang setakat ini telah mengorbankan 32 nyawa.
Dalam satu serangan, tiga komander tentera terbunuh manakala sebuah bom meletup di perkampungan hawar Kilis berhampiran sempadan Turki yang menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh.