Polis akan siasat dakwaan Mahathir secara 'senyap'

2015-08-05 2

Sebarang siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan beberapa siri dakwaannya, akan disiasat secara rahsia dan senyap sebagai tanda hormat kepada bekas perdana menteri itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau diminta menjelaskan hasil siasatan polis terhadap Mahathir, susulan laporan polis terhadapnya selepas membangkitkan pelbagai perkara yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Wan Junaidi berkata pihak polis bertanggungjawab menyiasat semua laporan itu tetapi tidak mengheboh-hebohkannya.