Mahathir akui dirinya kini keseorangan

2015-08-05 4

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa dirinya kini keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab.

Begitu juga dengan ramai pihak yang masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan warga Mongolia Alttantuya Shaariibuu.