Mahathir pemalu, tak pernah minta sokongan PERKASA

2015-08-05 10

Presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali hari ini mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya seorang pemimpin bersifat pemalu.

Sambil meluahkan sokongan kepada Mahathir, katanya, PERKASA berpendapat beliau tidak bersalah kerana sekadar meminta beberapa soalan berhubung pentadbiran negara dijawab daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.