Isu hudud berlarutan kerana negara tiada kepimpinan

2015-08-05 0

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin berkata isu hudud bukan perkara baru di negara ini tetapi tidak menimbulkan sebarang kekecohan sebelum ini kerana negara mempunyai kepimpinan ketika itu.

Berbeza dengan hari ini, katanya, apabila pemimpin negara lemah dan gagal menyatakan pendirian, rakyat membuat pelbagai tafsiran baik dari segi akademik mahupun untuk kepentingan masing-masing.