Taufan Noul membadai Filipina, ribuan penduduk dipindah

2015-08-04 31

Kira-kira tiga ribu penduduk Filipina terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri selepas taufan Noul membadai kepulauan utara negara itu.

Taufan Noul membawa angin berterusan pada kelajuan 185 kilometer sejam dan bertiup kencang sehingga 220 kilometer sejam ketika ia menghampiri pantai timur laut Filipina.