Pemuda Umno Johor berpendirian bahawa Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti perlu segera memperjelaskan isu penjualan tanah syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Tabung Haji seperti yang didadahkan, baru-baru ini.
Portal Sinar Harian memetik Ketua Pemudanya, Hahasrin Hashim sebagai berkata, mereka kini dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat tindakan itu.
Menurutnya, ramai melihat tindakan Tabung Haji sebagai cubaan ‘menyelamatkan’ 1MDB yang semakin nazak.