Ulama PAS mahu demo desak pengerusi TH undur

2015-08-04 1

PAS akan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekiranya Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Dr Khairuddin Aman Razali, selain Azeez, lembaga pengarahnya yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga perlu meletakkan jawatan.