'Pandikar jumpa saya nak berhenti jadi speaker Parlimen'

2015-08-04 12

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat.

Tanpa memberi maklumat lanjut , mantan perdana menteri itu berkata, Dewan Rakyat kini akan dipengerusikan oleh timbalannya Pandikar, Datuk Ronald Kiandee pada Isnin ini.