Hadi penghalang kabinet bayangan Pakatan

2015-08-04 5

DAP hari ini mendakwa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan sebuah kabinet bayangan tidak akan menjadi kenyataan kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak percaya kepada rundingan.

Justeru, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melaksanakan kabinet bayangan Pakatan dilihat tidak pratikal dan adalah lebih baik bagi setiap parti mempunyai kabinet bayangan masing-masing.