Harga tinggi? Salahkan peniaga bukan GST, kata Ahmad

2015-08-04 5

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan kepada Dewan Rakyat sekiranya terdapat harga barangan yang tinggi, peniga yang harus dipersalahkan dan bukannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Sebagai contoh, katanya sesetengah barangan seperti tuala wanita dan lampin kini lebih murah kerana cukai GST adalah hanya 6 peratus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar 10 peratus sebelum ini.