'Pembetulan' - Dana Cayman Island dalam aset bukan tunai

2015-08-04 1

Kementerian Kewangan hari ini menukar jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menyatakan US$1.1 bilion yang dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dari Kepulauan Cayman ke Singapura bukan dalam bentuk tunai.

Sebaliknya, mengikut jawapan bertulis terbaru Kementerian Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, wang berkenaan ditebus dalam bentuk aset dalam mata wang dolar Amerika Syarikat di sebuah bank di Singapura.

Free Traffic Exchange